Pada tiga minggu vang lepas,saya dan kawan-kawan dari bidang yang sama iaitu Diploma Kesihatan Persekitaran telah mengikuti program sahabat yang dianjurkan oleh EHOSSA [Environmental Health & Occupational Safety Student Association]. EHOSSA lebih dikenali dengan program sahabat kerana semua aktiviti disediakan akan dilakukan bersama-sama kawan. Program ini dijalankan di sebuah pantai yang indah dengan pemandangan cukup menenangkan fikiran. Pantai tersebut ialah Pantai Bangan Lalang yang tidak jauh dari Unisel. Seawal pagi pada pukul 7.00, kami dikerahkan oleh pensyarah untuk berkumpul di depan fakulti Bio Perubatan bagi memudahkan perjalanan kami ke sana dan di jangka tiba di pantai tersebut pada pukul 10.00 pagi. Jumlah kesemuanya ialah 60 orang pelajar dan di pantau oleh 6 orang pensyarah Bio Perubatan.
Setelah tiba di pantai, kami dimaklumkan untuk masuk ke dalam kumpulan masing-masing yang telah siap dibahagikan kepada kami. Selepas itu,kami diberi taklimat berkaitan aktiviti yang akan berlangsung pada ketika itu dan dijangka tamat pada pukul 6.30 petang mengikut jadual. Semua kumpulan dikehendaki berbincang dengan ahli kumpulan untuk memikirkan nama kumpulan serta slogan kumpulan masing-masing. Semua kumpulan yang telah dibahagikan cukup relaven dan cukup bagus kerana bercampur dengan senior dan junior. Di situ kami dapat mengenali antara satu sama lain dan juga senior-senior dari bidang yang sama dan juga senior dari bidang [OSH].
Dari situ, kami diperkenalkan dengan semangat berpasukan, bantu-membantu, bekerjasama, patuh pada arahan ketua kumpulan,berkomunikasi dengan ahli kumpulan tanpa rasa segan-silu dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh EHOSSA secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim bersama rakan, menolong rakan diketika susah dan macam-macam lagi.Baru saya tahu macam mana kehidupan pelajar-pelajar di ipt atau institusi yang amat menyeronokkan disamping kawan-kawan. Kawan-kawan merupakan orang tua kepada kita, teman untuk berbicara dan sebagainya yang selalu menyokong,memberi nasihat,tujuk ajar dan macam-macam lagi.
Di pantai tersebut,kami bermain-permainan yang dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah [Round the world,Pong Ping Tong,Smelly Bomb,Stincky stick,Danger zone,kahkahkah dan akhir sekali menuju puncak]. Aktiviti yang saya suka Danger Zone dan Kahkahkah kerana merupakan aktiviti yang sangat seronok apabila dilakukan secara beramai-ramai. Sepanjang aktiviti ini berlansung saya dapati kesemua peserta terhibur,gembira,seronok dan macam-macam lagi kerenah diorang yang terpancar dari raub wajah masing-masing. Hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama sangat penting dalam kehidupan kita. Tujuan [EHOSSA] menganjurkan atau mengadakan aktiviti ini adalah untuk mengajar bahawa pentingnya hubungan silaturahim dan bak kata pepatah 'beratu kita teguh,bercerai kita roboh' sesama rakan untuk kebaikan kita kelak. Banyak nilai-nilai murni tang saya dapat daripada program tersebut antaranya hormat-menghormati,tolong-menolong,semangat berpasukan dan banyak lagi.Sampai disini saja yang sempat saya konsikan pengalaman saya pertama di intitusi pengajian tinggi dan juga saya tak akan lupa kenangan manis ini sampai bila-bila.Saya berharap agar [EHOSSA] dapat mengadakan aktiviti-aktiviti atau program sahabat ini lebih banyak serta menyeronokan lagi pada masa akan datang.
7 FEBRUARI 2015-SABTU.
PANTAI BAGAN LALANG.
7 FEBRUARI 2015-SABTU.
PANTAI BAGAN LALANG.





.jpg)