amirul-skeletal-unisel.jpeg
SEBELUM BANJIR
1. Persediaan bagi kelengkapan Bilik Gerakan Banjir dari segi ruang dan peralatan.
2. Membuat lawatan dan penilaian tempat-tempat yang akan digunakan bagi penempatan mangsa banjir.
3. Mengkaji persiapan di kawasan berisiko tinggi mengikut pengalaman dan sejarah masa dahulu serta mengambil langkah pencegahan bagi mengelak kejadian penyakit-berjangkit.
4. Menyedia jadual tugas persenal kesihatan yang berkaitan serta terma rujuk tanggungjawab dan aktiviti masing-masing.
5. Pembekuan cuti atau mengaturkan rancangan lain supaya terdapat personnal kesihatan semasa banjir berlaku.
6. Semua hospital,pejabat kesihatan dan klinik kesihatan,klinik desa sentiasa bersiap sedia dari segi logistik keperluan perkhidmatan kesihatan seperti tenaga manusia dan kelengkapan ubatan dan peralatan kecemasan khususnya.
7. Nasihat dan memberi penerangan kesihatan melalui media massa dan elektronik serta di fasiliti kesihatan mengenai langkah-langkah bagi menjaga kesihatan awam khususnya semasa banjir.
8. Maklumbalas kepada Ibu Pejabat KKM dan Bilik Gerakan Negeri dan pusat mengenai persiapan dan keperluan khas maklumat persiapan banjir seperti nama ketua pegawai bertugas,alamat,bilik operasi dan nombor telefon.
SEMASA BANJIR
1. Berhubung dan menerima arahan dari komander Operasi Bencana di peringkat negeri dan daerah.
2. Mengadakan Bilik Operasi yang berkesan,lengkap dan beroperasi mengikut masa yang ditetapkan.
3. Memastikan semua langkah atau persiapan di semua peringkat bersedia dan bergerak jika keadaan memerlukan untuk membantu penduduk.
4. Memantau keadaan penempatan sementara mangsa banjir mengikut format penempatan sementara secara one-off [sekali sahaja] dan menghantar maklumat ke Bilik Operasi Banjir [kesihatan] diperingkat negeri dan kebangsaan.
5. Memantau keadaan kejadian penyakit-berjangkit khususnya penyakit-penyakit bawaan air.
6. Memantau keadaan banjir dan keperluan kesihatan awam yang berbeza-beza setiap hari mengikut situasi banjir.
7. Memberi nasihat kepada ibu bapa jangan membiarkan kanak-kanak bermain banjir kerana takut terkena penyakit bawaan air seperti kencing tikus[letopsfirosis],taun,e-coli dan sebagainya.
8. Meminta bantuan dari agensi lain seperti kemudahan pengangkutan udara atau melalui bot ke tempat penempatan sementara.
9. Memberi semangat kepada mangsa-mangsa banjir terutamanya golongan orang tua dengan bercerita tentang keburukan apabila berlakunya banjir.
10. Mengerahkan unit kaunseling ke pusat pemindahan bagi membantu pihak kesihatan melakukan tugasan msaing-masing.
RESOURCE;
;https://www.facebook.com/malaysianppp/photos/pcb.1554051688170336/1554051651503673/?typ
;https://www.google.com.my/search? ;q=peranan+pembantu+kesihatan+persekitaran+ketika+berlakunya+banjir&rlz=1C1ARAB_enMY4 3MY496&espv=2&biw=1366
;http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/garis_panduan/B/pdf/04_panduanBanjir_BM.pdf